Sunday, February 10, 2013

BeautifulNara

BeautifulNara


(GAMBAR)Majlis Resepsi Dan Berinai Siti Fazurina Dan Hykal Di Pulau Pinang

Posted: 10 Feb 2013 04:59 PM PST

Sabtu lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 31, dengan Mohamad Hykal Zulkifli, 32, di rumah pengantin lelaki di Bayan Baru, Pulau Pinang. Koleksi gambar ini ialah dari jurugambar rasmi majlis Fazurina, iaitu Azzaharry Othman.


Photobucket
 Pada malam Jumaat lepas juga telah berlangsung majlis berinai di rumah ibu saudara Haikal.

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Untuk majlis berinai, pengantin mengenakan baju melayu dan kurung moden warna perak manakala untuk majlis resepsi, pengantin memakai gaun moden dan sut berwarna krim. Kami mengucapkan terima kasih kepada Fazurina dan Azzaharry yang telah sudi memberi izin khas pada BeautifulNara.com untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan pembaca kami. Lagi enam keping gambar boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Gambar-gambar lain akan dikemaskini di entri ini dari semasa ke semasa. Berminat dengan hasil bidikan Azzaharry yang cantik untuk majlis anda? Sila ke Facebook Azzaharry Othman untuk maklumat lanjut.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PS: Dapatkan 2 botol Hydrating Serum dari Germany secara percuma!


Baca Yang Ini Pulak:-

Shila Amzah Ditemui Di Kemaman, Terengganu

Posted: 10 Feb 2013 07:40 AM PST

Maaf agak terlambat Abang Nara melaporkan berita ini. Shila Amzah yang dilaporkan hilang sebelum ini, telah pun dijumpai semula di Kemaman, Terengganu. Berita Harian melaporkan yang Shila ditemui dalam keadaan selamat oleh ayahnya, ND Lala.

shila

Semoga semua peminat Shila menarik nafas lega dengan berita gembira ini. Kepada mereka yang bakal menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang esok, nantikanlah persembahan daripada Shila Amzah. Kepada Shila, diharap jangan menghilangkan diri lagi selepas ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Erul AF Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua

Posted: 10 Feb 2013 07:32 AM PST

Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

erul kpop star hunt 2

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

erul kpop star hunt 2

Kalau dulu Erul sebut “Anyeonghaseyo pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Shila Amzah Hilang, ND Lala Buat Laporan Polis

Posted: 10 Feb 2013 03:40 AM PST

Sehari sebelum Shila Amzah akan membuat persembahan bersama Psy bersempena Program Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, Berita Harian hari ini melaporkan berita kehilangannya. Menurut laporan tersebut, Shila Amzah telah hilang sejak enam hari yang lalu.

shila amzah hilang

Susulan kehilangan anaknya, ND Lala telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam 10 pagi semalam. ND Lala di dalam laporan polis itu memberitahu sepanjang tempoh kehilangan Shila, anaknya hanya menghantar SMS sekali sahaja untuk memaklumkan dia selamat dan berada di satu lokasi untuk menenangkan fikiran.
shila hilang

Namun begitu, ND Lala percaya anaknya masih berada di dalam Malaysia kerana MyKad dan passport Shila Amzah masih berada di dalam simpanannya. Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa terkejutnya ketika dimaklumkan mengenai hal ini. Apa pun semoga Shila selamat dan akan buat kemunculan seperti yang dijanjikan di Pulau Pinang esok.

P.S: Bila kucing bandar balik bercuti di kampung

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Fizz Fairuz Selamat Bertunang Hari Ini

Posted: 10 Feb 2013 12:55 AM PST

Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.

Tunang Fizz bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Reen. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.


Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Farah Asyikin Telah Bernikah Khamis Lepas

Posted: 10 Feb 2013 12:01 AM PST

Kami telah menerima kiriman e-mel tentang Farah Asyikin, bekas peserta One In A Million (OIAM) yang khabarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Mohd Zahir yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, Khamis lepas.

Khabarnya juga,suami Farah ini dikenali olehnya melalui Twitter kerana berkongsi maklumat tentang agama Islam.

Ini ialah perkahwinan kedua Farah, setelah berpisah dengan suami pertamanya yang merupakan seorang doktor beberapa tahun lalu. Nampaknya sudah jauh berubah Farah kini yang juga rajin melibatkan diri dalam program dakwah. Kami doakan perkahwinan beliau berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah SWT.

Baca Yang Ini Pulak:-

(15 GAMBAR)Fizo Omar Bercuti Di Beijing, Kini Sudah Ada Kekasih

Posted: 09 Feb 2013 06:29 PM PST

Abang Nara respek Fizo Omar kerana mempunyai wawasan di dalam hidupnya. Fizo sedar yang kerjaya pelakon tidak akan menjamin masa depan. Maka Fizo tampil dengan francais Hot Burger yang kini sedang hangat di pasaran. Memang satu langkah yang bijak.

fizo omar dan kekasih

Berita kurang baik kepada gadis-gadis yang ingin memikat hati Fizo Omar. Hati Fizo sudah pun dimiliki oleh gadis di dalam gambar di atas. Gadis tersebut berasal dari Kedah. Sekali pandang, memang ada iras wajah mereka. Semoga perhubungan ini akan berterusan ke jinjang pelamin.

fizo omar dan kekasih

Baru-baru ini juga Fizo telah bercuti ke Beijing. Nampak meriah sungguh gambar-gambar yang telah dikongsikannya menerusi Instagram. Lagi 13 keping gambar Fizo Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
vco
P.S: “Kulit wajah saya bertambah baik selepas 1 minggu mengamalkan makan Virgin Coconut Oil”, itu adalah salah satu testimonial yang sering kami terima. So tunggu apa lagi? Hantar email ke lorongsetia8@gmail.com atau LIKE Facebook CantikBeautifulNara untuk sebarang pertanyaan.

fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih

Baca Yang Ini Pulak:-

No comments:

Post a Comment